Jangan jadi GILA boleh tak?
Aku sampai sekarang sukar nak
mempercayai ustaz mashitah neh berubah 360% sejak terlibat dalam politik
umno. Sukar. Susah. Mustahil. Sebab dulu dia bukan macam neh. Aku cukup
suka dengar ceramah2 dia time sekolah dulu. Bila dah selalu dengar
ceramah2 dia dan sering mengikuti program2 dia kat tv, kita akan jadi
sayang pada penceramah tersebut, lazim.
Jadi bila kita dah rasa sayang pada dia,
kalau tiba2 dia melakukan hal yang salah kita akan rasa heyy apa dah
jadi pada dia? Apakah dia boleh berubah kembali? Apakah ada ruang untuk
dia pulang ke pangkal jalan? Ataupun kita hanya perlu caci maki dia?
Clueless. Dia semakin jauh dan jauh. Dan
itupun kerana sifat politik dia telah berjaya mengatasi akal agama dia.
Ustazah Mashitah neh bukan orang yang biasa2. Dia orang yang cukup
pandai agama. Mahir bab hukum. Antara ustazah yang mempunyai kecantikan
dan kepandaian dan itupun seiringan. Tetapi once dia menjebakkan diri
dalam politik umno, dia bukan seperti dulu.
Sesuatu yang sangat menyedihkan
sebenarnya. Dia telah menghancurkan ahti dan pengikut2 setia dia. Dia
telah pergi terlalu dalam sehingga tidak tahu membezakan apa yang salah
dan betul. Dia telah hanyut di bawa arus politik. Jika tidak masakan
mungkin statement seperti kat atas neh boleh terkeluar?
Statement fitnah dia terhadap pas telah
dipadam tanpa membuat kenyataan maaf, dan kini dia buat satu lagi
statement yang jelas tidak mencerminkan hal sebenar. Najib? Moderate?
Contohi Rasullulah SAW? Harussani pun gelak aku rasa. Tapi tak dinafikan
dia mungkin gelak dalam ahti sebab kalau gelak terang2 kang kena buat
statement penafian pula. Bai.
Sumber gambar : sahabat fb.
Ulasan